Perintah berkurung lima hari dilaksanakan di Perth, Australia, selepas bandar itu mencatatkan kes COVID-19 tempatannya yang pertama dalam tempoh hampir 10 bulan.<br />Kes tersebut merupakan seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah hotel kuarantin.<br />Dia dijangkiti varian COVID-19 mudah berjangkit yang berasal dari Britain.